Jangan kritik parti komponen PN secara semberono – Takiyuddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) mengingatkan semua pimpinan dan ahli parti-parti anggotanya supaya tidak membuat sebarang kritikan yang tidak wajar secara semberono.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, larangan kritikan kepada mana-mana parti komponen PN itu sama ada melalui media mahu pun sebarang saluran lain.

Menurut Takiyuddin, sebarang ketidakpuasan hati haruslah disalurkan kepada saluran parti masing-masing.

“Kemudiannya ia akan dibawa, dibincangkan dan diputuskan secara musyawarah di dalam PN.

“PN mengingatkan semua pimpinan dan ahli parti-parti anggotanya supaya tidak membuat sebarang kritikan yang tidak wajar secara semberono kepada mana-mana parti komponen PN lain sama ada melalui media mahupun sebarang saluran lain.

“PN menerusi kepemimpinannya kini akan menumpukan segala usaha dan tenaga kepada isu yang lebih besar yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

“Segala masalah dalaman parti pastinya akan diurus dan dikendalikan secara dalaman dengan lebih berkesan, bijaksana dan positif lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan pemimpin Bersatu menegaskan sumbangan parti itu serta Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada PN tidak seharusnya dipertikai mana-mana pihak dalam gabungan berkenaan.

Kenyataan itu dibuat selepas kritikan terbuka pemimpin Pas berhubung pergolakan dalaman Bersatu, termasuk cadangan supaya parti terbabit mempertimbangkan kedudukannya dalam PN.

Isu berkenaan dipercayai berkait rapat dengan tindakan tatatertib terhadap beberapa wakil rakyat Bersatu, termasuk pemecatan dan penggantungan pemimpin tertentu yang terus menjadi perhatian dalam landskap politik semasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This