PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada seluruh komuniti Tamil yang meraikan sambutan itu di Malaysia.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri berharap masyarakat Tamil di Malaysia dapat meraikannya dengan kegembiraan serta kebahagiaan.
Pada masa sama, beliau turut berharap perayaan Ponggal dapat diraikan dengan menyemarakkan nilai-nilai yang baik selain terus memperteguh kemajmukan sebagai akar dan kekuatan bangsa.
Baca artikel lain: PM Anwar, Wan Azizah titip doa buat Putera Mateen dan pasangan
“Selamat menyambut perayaan Ponggal kepada seluruh warga Tamil di Malaysia.
“Perayaan yang diraikan selama empat hari itu adalah perayaan budaya bagi menzahirkan rasa syukur selain bersiap untuk lembaran baharu,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.
Ponggal menandakan permulaan bulan ‘Thai’ dalam kalendar Tamil dan disambut dengan penyediaan nasi manis untuk keluarga dan rakan-rakan tanda berterima kasih dengan hasil tuaian yang melimpah ruah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

