Gerakan kecewa kenyataan ‘melampau’ Dr Mahathir – Dominic

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PARTI Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyuarakan rasa kecewa dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa masyarakat India masih tidak setia sepenuhnya kepada Malaysia.

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai turut menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu sebagai melampau dan sangat memalukan.

Menurut Dominic, tindakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu mempersoalkan kesetiaan sesebuah masyarakat tidak sepatutnya datang daripada seorang bekas Perdana Menteri yang pada suatu ketika dahulu membawa agenda Wawasan 2020.

Beliau berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dengan kepelbagaian kaum yang menjadi tunjang keteguhan negara bertuah ini.

“Apa yang menyedihkan, bekas Perdana Menteri itu dalam temubualnya berkata telah pun compensated well masyarakat bukan Melayu ke atas sumbangan mereka. Bolehkah kita ‘memberi pampasan’ kepada rakyat kita sendiri?

“Ahli politik perlu keluar dari perigi politik cetek, tidak guna kita mendabik dada sebagai sebuah negara yang pesat membangun tetapi kepelbagaian dalam kalangan masyarakat diserang barah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Menteri Perpaduan kutuk dakwaan Tun M masyarakat India masih tidak setia

Mengulas lanjut, Dominic berkata, Gerakan sebelum ini pernah mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir bagi mengutarakan kekesalan berhubung kenyataan kontroversinya semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai tahun lalu.

Kata beliau, ketika itu Dr Mahathir menyatakan bahawa parti politik pimpinan bukan Melayu sebagai parti pendatang.

“Rakyat Malaysia perlu bersatu, menerima faktanya bahawa negara ini adalah sebuah negara yang dibina bersama atas landasan perpaduan dan benih pemahaman serta silaturahim yang kita tanam hari ini, suatu hari nanti akan mekar sebagai kemakmuran bersama.

“Gerakan berpendapat kenyataan-kenyataan sebegini daripada seorang yang dilihat sebagai negarawan adalah sangat menyinggung dan kerajaan perlu menasihatkan beliau untuk tidak terus menanam perbezaan yang berkemungkinan memecahkan semangat Bangsa Malaysia yang kita telah bina selama ini,” katanya.

Dr Mahathir dilapor mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.

Pandangan itu disuarakan beliau dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas perlu patuh arahan, perkukuh gerak kerja hadapi pilihan raya – Ahmad Samsuri

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan seluruh jentera Pas supaya mengutamakan disiplin, mematuhi arahan...

More Articles Like This