Netizen kritik Ameera Khan minta jodoh ketika azan berkumandang

Dari Penulis

PENSOHOR media sosial yang juga adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan dilihat berdoa ingin dikurniakan jodoh seorang lelaki yang baik beriman, putih hatinya, bersih, baik, lembut serta bercahaya ketika berada di Masjidil Haram, Mekah, ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya.

Menerusi video oleh ibunya, Datin Noorkartini di Instagram, Ameera kelihatan sedang menadah tangan dan berdoa semasa laungan azan sedang berkumandang agar ditemukan jodoh terbaik buat dirinya.

“Semoga baby (panggilannya) diberikan jodoh yang terbaik, jodoh yang hebat, jodoh yang handsome, yang baik, menyayangi, menghargai dan saling menghormati,” ujarnya.

Sementara itu, Ameera juga sempat meninggalkan doa di ruangan komen agar bakal jodohnya sentiasa menyayangi serta menghormati dia dan seluruh keluarganya.

“Apa yang paling penting yang sayangkan baby, lebih pada baby sayangkan dia, hormat baby, mama, daddy dan seluruh keluarga. Setia dengan baby sehingga ke Jannah. Amin,” tulisnya.

Namun, meninjau ke ruangan komen, segelintir pengguna Instagram menegur tindakan gadis berusia 23 tahun itu dan ibunya apabila bercakap ketika azan sedang berkumandang kerana dianggap tidak menghormati azan.

Pada 10 Januari lalu, Ameera dan ibunya berangkat ke Tanah Suci buat mengerjakan dan menaiki penerbangan yang sama dengan penyanyi kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sekadar info, menurut laman web rasmi Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), bercakap semasa azan dibolehkan bahkan tidaklah menjadi satu kesalahan jika melakukannya.

Namun, jika percakapan itu boleh mengganggu seseorang itu dalam menjawab sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin, maka meninggalkannya adalah lebih utama kerana menjawab azan adalah sunnah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This