‘Siasat saya untuk apa?’ Tengku Zafrul jelaskan kaitan dalam Kertas Pandora

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“SEKARANG ini ada sesetengah pihak desak supaya saya disiasat berkenaan pendedahan Kertas Pandora. Soalan saya, siasat untuk apa?.”

Persoalan itu dibangkitkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung dakwaan nama beliau yang dikatakan tersenarai dalam Kertas Pandora.

Tengku Zafrul menerusi rakaman video dimuat naik ke media sosial miliknya menjelaskan, isu tersebut merupakan hal lama pada tahun 2021 yang dibangkitkan semula sesetengah pihak.

Beliau berkata, isu berkenaan mula timbul pada 4 Oktober 2021 oleh sebuah portal berita yang melaporkan bahawa nama beliau disenaraikan sebagai Pengarah Capital Investment Bank (Labuan) Limited.

Pada masa sama, Tengku Zafrul memaklumkan telah pun menjawab dakwaan itu pada hari yang sama.

“Artikel tersebut menyebut bahawa saya dilantik ke jawatan berkenaan pada 2009 tetapi tidak lagi memegang jawatan itu.

“Saya telah membuat penjelasan pada hari yang sama, 4 Oktober 2021. Apa penjelasannya? Saya telah dilantik sebagai Pengarah Kumpulan Kenangan Holdings Berhad dari Januari 2009 hingga Jun 2010.

“Melalui jawatan ini, saya juga telah dilantik sebagai Pengarah di anak syarikat atau syarikat bersekutu Kumpulan Kenanga iaitu Capital Investment Bank (Labuan) Limited.

“Pada Jun 2010, saya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Maybank Investment Bank Berhad. Jadi, saya telah melepaskan semua pelantikan dalam Kumpulan Kenanga termasuklah jawatan sebagai Pengarah di Capital Investment Bank (Labuan) Limited. Itulah ceritanya,” katanya dalam video tersebut.

Baca artikel lain: Tengku Zafrul dipilih Presiden BAM baharu, ganti Norza

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul menegaskan beliau hanya dinamakan sebagai pengarah syarikat bagi pihak Kumpulan Kenanga kerana bekerja dengan syarikat tersebut.

Malah, kata beliau, syarikat itu bukanlah milik dirinya dengan jawatan dalam syarikat tersebut telah dilepaskan apabila tidak lagi bekerja dengan Kumpulan Kenanga.

Tengku Zafrul menegaskan, Capital Investment Bank (Labuan) Limited diperbadankan di Labuan yang merupakan pusat kewangan luar pesisir antarabangsa di Malaysia sejak 1990 lagi.

“Adakah pihak yang minta saya disiasat itu nak kata bahawa semua syarikat kewangan yang dibuka di Labuan menjalankan perniagaan haram dan melanggar undang-undang?

“Adakah mereka nak minta supaya semua pengarah syarikat kewangan di Labuan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

“Kita kena ingat, kerajaan sendiri yang wujudkan Pusat Kewangan dan Perniagaan Antarabangsa Labuan (LIBFC) dan menggalakkan syarikat Malaysia untuk membuka anak syarikat di sana. Adakah mereka nak tuduh kerajaan menggalakkan aktiviti haram?,” katanya.

Baru-baru ini, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa SPRM menjalankan siasatan terhadap sembilan individu yang didakwa terlibat dalam siasatan Kertas Pandora.

Sembilan individu tersebut turut melibatkan Tengku Zafrul dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib; Ahli Parlimen Selayang, William Leong; bekas Pengerusi Felcra, Datuk Yamani Hafez Musa; ahli Perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib; bekas Ahli Parlimen Sarawak, Tiong Hiew King; ahli korporat, Datuk Seri Tiong Ik King dan Ahli Perniagaan, Tan Sri Lim Kok Thay.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This