Agong, Permaisuri berkenan baca berita dalam slot khas Buletin Diraja

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita Media Prima untuk menyampaikan berita.

Menurut hantaran di halaman Instagram Istana Negara, slot khas Buletin Diraja itu disiarkan secara eksklusif di Buletin Utama, TV3 malam tadi.

Terdahulu, Seri Paduka berdua berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Sri Pentas, Bandar Utama.

“Dalam lawatan berkenaan, Seri Paduka berdua berkenan menerima sembah taklimat berkaitan operasi Media Prima dan dibawa melawat Konti Radio, Media Prima Audio yang menempatkan rangkaian Hot FM, Kool 101, Molek Fm, Fly Fm dan Eight Fm,” menurut hantaran itu.

Baca juga: Penulis artikel dakwa PN cuba rasuah Agong sedang dikenal pasti

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan melawat Bilik Berita Media Prima yang menempatkan studio program berita terbitan TV3, TV9 dan 8TV.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Pengerusi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Rafiq Razali dan pengurusan kanan Media Prima Berhad.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This