BUMBUNG Apartmen Iris Garden, Bintulu tercabut selepas dipukul angin kencang dalam satu kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/3236
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak dalam satu kenyataan ringkas berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian telah diterima daripada orang awam pada pukul 2.11 petang.
Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan Fabian Andy Jessy telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Malah, beberapa pengguna media sosial juga berkongsi rakaman kejadian bumbung berterbangan akibat angin kencang.
Menerusi video dapat dilihat bumbung yang tercabut itu telah menghempap beberapa buah kenderaan yang berada di tempat letak kereta.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

