Fahmi umum pakej khas perkhidmatan telco untuk rider e-hailing esok

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil akan mengumumkan pakej khas perkhidmatan telco untuk semua ‘rider’ e-hailing esok.

Fahmi menerusi perkongsian di media sosial berkata, inisiatif itu diambil bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh para rider e-hailing yang membanting tulang menyara keluarga masing-masing.

Kata Fahmi, idea untuk mewujudkan pakej khas telco itu tercetus selepas beliau terserempak dengan seorang rider Foodpanda dan meluangkan masa untuk berbual dengannya.

Fahmi berkata, rider tersebut memaklumkan yang dia terpaksa melakukan pinjaman RM200 daripada rakan hanya semata-mata untuk membayar bil memandangkan kegunaan telefon adalah keperluang penting buat rider.

“Ceritanya kepada saya, beliau seorang ayah kepada dua orang anak yang masih kecil. Pendapatannya kira-kira RM4,000 sebulan dan isterinya pula tidak bekerja.

“Jumlah itu memang tak cukup untuk tampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Susu dan lampin bayi pun dah mahal, kadang-kadang kena tanggung kos perubatan ahli keluarga, simpanan memang tak ada langsung.

“Sebagai seorang ayah, saya cukup faham akan cabaran yang dihadapinya. Sedar tak sedar dah bersembang hampir 40 minit, tercetus idea untuk melakukan sesuatu bagi membantu komuniti riders kita,” katanya.

Baca juga: Hak kebebasan bersuara diutamakan namun jangan gugat demokrasi negara – Fahmi

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau telah meminta kesemua ketua pegawai eksekutif (CEO) telco untuk datang berjumpa dengannya sejurus tiba di Putrajaya.

Menurut Fahmi, dalam pertemuan dengan CEO terbabit, beliau telah mencadangkan kepada mereka utnuk mewujudkan pakej internet khas khusus buat rider e-hailing sahaja.

Beliau turut mengakui sebagai syarikat swasta, rundingan tersebut bukan satu perkara yang mudah untuk mencapai kata persetujuan.

“Selepas proses perbincangan yang panjang, tercapai kata putus bahawa semua syarikat telco akan menyediakan pakej khas untuk semua e-hailing riders di Malaysia dengan diskaun istimewa.

“Syukur Alhamdulillah, saya bakal mengumumkan pakej ini esok, 23 Januari 2024. Kerajaan memahami kesusahan abang-abang riders kita yang bertungkus lumus menghantar makanan dan bungkusan untuk semua, lebih-lebih lagi di bawah terik matahari dan hujan lebat. Ini adalah satu kemenangan kecil buat semua pekerja dalam industri p-hailing.

“Terima kasih riders kerana telah berkhidmat untuk kami semua selama ini. Kerajaan Madani mendengar keluhan anda dan kami harap usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan kesulitan dan membantu anda dalam menjalankan tugas setiap hari”, katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This