HUBUNGAN rapat pelakon Ezzanie Jasny,24, bersama penyanyi Noki K-Clique sering di salah erti sehinggakan ada yang menyangka mereka pasangan kekasih.
Bagaimanapun, jelas Ezzanie, Noki hanyalah teman rapat dan belum ada hubungan istimewa antara mereka.
“Kami sekadar kawan, tak lebih dari itu. Kami pun masih lagi baru berkawan dan tidak meletakkan harapan dalam persahabatan ini.
“Perkenalan kami bermula ketika Noki datang ke set penggambaran sebelum ini. Ketika itu saya berlakon dengan MK K-Clique.
“Waktu tu, kami sekadar bertegur sapa saja. Kemudian tak lama lepas tu, kami saling ‘follow’ di Instagram,” katanya kepada URTV.
Pasangan ini dikatakan sedang hangat menyulam cinta selepas Ezzanie memuat naik gambar bersama Noki ketika di pusat beli-belah di ibu kota, baru-baru ini.
Sementara itu, Ezzanie akui tidak perlu menyembunyikan hubungan rapatnya dengan Noki memandangkan tiada yang istimewa antara mereka.
“Saya tak sembunyikan hubungan baik kami sebab itulah saya secara terbuka berkongsi gambar kami berdua di media sosial.
“Kami hanya keluar berjalan di pusat beli-belah. Tempat terbuka, tiada apa yang perlu disorokkan.
“Terpulang kepada individu nak cakap yang kami cuba sembunyiksn hubungan. Kalau ada pihak yang patah, itu saya tak bolehlah nak kawal.
“Saya cuma ‘follow the flow”. Jika ditakdirkan dia merupakan yang baik untuk saya, saya okay saja. Kita tak tahu apa akan jadi pda masa akan datang,”ungkapnya.
Dalam perkembangan lain, lakonan terbaharu Ezzanie boleh ditonton menerusi drama Layang-Layang Perkahwinan yang sudah mula ditayangkan di Astro Ria dan Astro Go, pukul 10 malam.
Selain Ezzanie, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Shukry Yahaya, Keith Foo, Alya Iman dan Arash Mohamad.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

