Gaun seksi nampak peha, Bella Astillah mohon maaf

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Bella Astillah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas video yang dimuat naik di TikTok teruk dihentam gara-gara berpakaian mencolok mata sehingga mendedahkan bahagian pahanya.

Jelas Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, gaun berwarna hijau itu diberikan oleh seorang pereka fesyen  bagi menjayakan sesi fotografi. 

“Saya hanya manusia biasa dan minta maaf kalau ada yang kurang senang dengan baju tersebut.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan baju itu hanya untuk reviu sahaja,” katanya kepada URTV.

Bella berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya di Kuala Lumpur, hari ini.

Bella yang juga isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu berlapang dada menerima kritikan yang diberikan orang ramai mengenai penampilannya itu.

Malah, Bella turut memberitahu setiap pemilihan busana yang ingin dipakai, dia akan mendapatkan pandangan daripada suaminya.

“Sebenarnya ketika saya pakai baju itu, bukan untuk berlari-lari tetapi selepas melihat hasil akhir, saya rasakan mungkin kurang sesuai.

“Aliff selalu beri nasihat dan semangat mengenai penampilan. Jadi, itu adalah kesilapan diri sendiri dan tak boleh salahkan sesiapa,” jelasnya.

Terdahulu, tular video memaparkan dia memakai gaun berwarna hijau sambil menuruni anak tangga sehingga menampakkan bahagian pehanya.

Disebabkan itu, Bella teruk dikecam dan netizen berpendapat pakaian tersebut tidak sesuai digayakan olehnya yang sudah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This