Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 kembali dengan lebih besar dan gempak. Bakal meriahkan raya dengan festival 66 jam tanpa henti. Tawar hadiah lebih RM250,000

Dari Penulis

Bakal memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan lebih gempak, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR) 2024 bakal meraikan pengunjung dengan festival jualan selama 66 jam tanpa henti bermula 29 Mac hingga 1 April 2024 nanti.

Mensasarkan jualan sebanyak RM20 juta selama festival berlangsung, jelas Ketua Pegawai Eksekutif My Events International, Hemma Candy, pihaknya melihat perkembangan positif daripada penganjuran festival tahun lalu bersama Absolut Events & Management.

Malah ulasnya, pemilihan lokasi strategik dan selesa di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) menjanjikan pengalaman membeli belah persiapan raya yang selesa bersama keluarga.

“Ini merupakan tahun ketiga penganjuran dan kami yakin mampu menarik lebih dua juta pengunjung dengan lebih 900 tapak jualan disediakan. Dengan tapak meletak kereta yang banyak dan dewan yang besar dan berhawa dingin serta pilihan yang sangat banyak, kami yakin tahun ini akan menjadi lebih gempak dan meriah.

“Malah kami juga memberi garis panduan buat vendor agar menawarkan jualan pada harga yang berpatutan agar bersesuaian dengan keadaan ekonomi sekarang. Sebab itu akan ada sesi happy hour di mana ada barangan yang ditawarkan sehingga potongan 50 peratus.

“Bukan sekadar festival bazar biasa, kami membawakan lebih 120 selebriti dengan persembahan dan promosi seperti cabutan bertuah sepanjang acara berlangsung. Dan tahun ini, kami menjangkakan sambutan luar biasa dengan penyertaan Media Prima Berhad sebagai Rakan Rasmi Media untuk ABxFGR2024,” katanya menyatakan pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM250,000 menerusi aktiviti Money Chamber, Wheel of Fortune, Hamper Raya, dan Happy Hour.

Tidak hanya terhad kepada sektor pakaian, kecantikan, dan makanan, ABXFGR tahun ini turut memberikan peluang kepada sektor elektronik dan pelbagai sektor lain. Malah tarikan utama, mini Absolut FoodFest turut disediakan dengan lebih 80 vendor menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa atau bersahur.

“Kami menyediakan fasiliti dan kemudahan yang lengkap di sini. Ada persiapan raya dan juga gerai makanan untuk berbuka puasa. Jika dilihat daripada pengalaman tahun lalu, suasana festival sangat meriah dengan keluarga berbuka puasa di sini sambil membeli belah. Tak perlu risau cuaca panas atau hujan,” tambahnya lagi.

Dengan tekad untuk terus melonjakkan kecemerlangan ABxFGR2024 ,My Events International turut mengumumkan hasrat mereka untuk mengadakan ABxFGR24 di Johor seminggu sebelum acara di Kuala Lumpur. Ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk turut menyertai dan menikmati kegembiraan festival ini. Festival raya di Johor ini akan berlangsung pada 22 – 24 Mac 2024 di Persada Johor.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This