TINDAKAN berani seorang lelaki menyelamatkan jirannya yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Merinding di sini awal pagi tadi, mengundang hiba apabila dia meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap.
Gillian Donald, 41, sempat menyelamatkan tujuh sekeluarga termasuk kanak-kanak dan seorang warga emas dengan menggunakan tangga sebelum dirinya rebah.
Ketua Polis Labuan Supt Mohd Hamizi Halim berkata Donald dipercayai terhidu asap berlebihan ketika berusaha membawa keluar jirannya itu daripada api yang marak.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Labuan dua jam selepas kejadian,” katanya hari ini.
Baca juga: Lagi kes kebakaran surau di Sri Medan, polis buka kertas siasatan khianat
Beliau berkata siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari tempat letak kereta di garaj rumah terbabit dan merebak ke dalam rumah ketika penghuninya sedang nyenyak tidur pada 4 pagi.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan menerima panggilan pada 4.06 pagi, lalu mengerahkan jentera dan pasukan ke lokasi kejadian.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

