Pembayaran STR Fasa 1 mulai Isnin ini, beri manfaat 8.2 juta penerima

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMBAYARAN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibayar mulai Isnin, 29 Januari ini, kata Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 1 itu akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya, pembayaran itu akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Bagi tahun ini, Kementerian Kewangan memaklumkan, bayaran STR Fasa 1 telah dinaikkan sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 tahun lalu.

Kementerian itu memberitahu penerima daripada kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500 melalui pembayaran STR Fasa 1, manakala isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 layak menerima RM100 hingga RM300.

Penerima bagi kategori warga emas tiada pasangan dan golongan bujang pula masing-masing akan menerima RM150 dan RM100.

“Dengan ini, peruntukan bagi Fasa 1 telah bertambah sebanyak 26 peratus kepada RM2.1 bilion daripada RM1.67 bilion pada tahun lepas dalam usaha untuk membantu sebilangan besar rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Baca artikel lain: KWSP umum beberapa penambahbaikan, had maksimum i-Saraan dinaikkan kepada RM500

“Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024.

“Walau bagaimanapun, angka ini dijangka naik ke hampir 9 juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan sama berkata setiap kali beliau bertemu rakyat, perihal utama diutarakan ialah beban kos sara hidup yang kian meningkat lebih deras daripada pendapatan.

“Saya akur akan keperitan ini, justeru kerajaan giat berusaha untuk memastikan bantuan kerajaan dapat dipertingkat dengan lebih ketara agar masalah asas ini dapat dileraikan dan tiada rakyat di belakang, di bawah pentadbiran kerajaan MADANI.

“Selaras dengan pendekatan Ekonomi MADANI untuk ‘meninggikan lantai’ dari segi kualiti hidup rakyat, kerajaan akan mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata kerajaan MADANI sentiasa peka kepada keluhan rakyat dan akan terus menambah baik STR dalam usaha membantu rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This