Lokasi tanah runtuh Cameron Highlands diteroka secara haram

Dari Penulis

LOKASI kejadian tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, semalam merupakan kawasan Hutan Simpan Sungai Wi D yang diterokai secara haram sejak tahun lepas oleh pengusaha kebun sayur walaupun pernah dikenakan tindakan.

Pegawai Daerah Cameron Highlands, Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman berkata pemilik kebun warga tempatan itu pernah ditahan dan sitaan peralatan dilakukan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang pada April tahun lepas.

“Peneroka itu ada membuat permohonan permit penggunaan tanah hutan, namun Jabatan Perhutanan tidak memberi sokongan kerana keadaan cerun yang tinggi melebihi 35 darjah.

“Ia disebabkan ada risiko bahaya iaitu jika berlaku hujan yang banyak, cerun itu tidak dapat menampung dan berlaku gelinciran,” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Bomba di lokasi kejadian itu, hari ini.

Baca artikel lain: Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemukan

Beliau berkata, pemantauan akan dilakukan secara berterusan oleh jabatan-jabatan berkaitan bagi menangani isu pencerobohan hutan di kawasan berkenaan.

Menurut Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984.

Dua mayat mangsa kejadian tanah runtuh itu yang ditemukan semalam dikenal pasti sebagai Law Ha Phey, 36, dan Ki Shing Om, 48 tahun.

Tiga lagi mangsa terlibat ialah Shing Law Har, 56, Om Myu, 37, dan seorang wanita Thang Moung, 25 tahun.

Kesemua mangsa warganegara Myanmar itu merupakan pekerja di ladang sayur di situ.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This