Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemukan

Dari Penulis

SATU lagi mayat mangsa tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, Cameron Highlands ditemukan pada 12.15 tengah hari tadi menjadikan tiga mayat telah berjaya ditemukan setakat ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli berkata mayat lelaki itu dikesan anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat berhampiran sektor C iaitu lokasi penemuan mayat pertama semalam.

“Mayat sedang dikeluarkan dari kawasan runtuhan dan pegawai forensik D10 Bukit Aman telah tiba untuk mengenal pasti mayat,” katanya pada sidang media di Pos Kawalan Bomba di lokasi bencana itu, hari ini.

Baca artikel lain: SAR 3 mangsa tanah runtuh Cameron Highlands ditangguh kerana hujan lebat

Beliau turut berkata dua mayat yang ditemukan semalam telah dikenal pasti sebagai Law Ha Phey, 36, dan Ki Shing Om, 48 tahun.

Mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom Cameron Highlands untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita dikhuatiri tertimbus selepas rumah dihuni mangsa terlibat dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.40 pagi semalam.

Kesemua mangsa warganegara Myanmar itu merupakan pekerja di ladang sayur di situ dan tiga lagi mangsa terlibat dikenali sebagai Shing Law Har, 56, Om Myu, 37, dan seorang wanita Thang Moung, 25 tahun.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This