Reman bapa disyaki rogol, belasah remaja perempuan dilanjutkan

Dari Penulis

TEMPOH reman seorang bapa yang disyaki merogol dan memukul remaja perempuan sehingga terpaksa menerima 12 jahitan di kepala dimohon untuk dilanjutkan lagi.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap suspek berusia 47 tahun itu.

Pada masa sama, Hazri memberitahu, mangsa berusia 17 tahun itu pula dibawa ke lokasi kejadian rogol, semalam bagi siasatan lanjut.

“Reman akan tamat pada hari ini (27 Januari) tapi kita akan mohon untuk lanjutkan supaya dapat jalankan siasatan lanjut.

“Apabila sudah selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mengulas lanjut, Hazri memberitahu, mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Baca artikel lain: Polis rakam keterangan perakam video remaja dibelasah bapa

Katanya, mangsa ketika ini berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mangsa masih dalam keadaan trauma. Sebelum ini, mangsa tinggal bersama neneknya sejak berusia empat tahun dan berpindah ke rumah bapanya pada Jun 2022,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan remaja perempuan yang ditendang dan dipukul bapanya yang mabuk sehingga menerima 12 jahitan pada kepala tengah malam Selasa lalu dipercayai turut menjadi mangsa rogol suspek.

Malah, kejadian tengah malam itu dikatakan berlaku selepas remaja berusia 17 tahun itu mendedahkan tindakan suspek kepada teman wanita bapanya itu yang tinggal serumah.

Polis juga telah merakam keterangan perakam video yang juga saksi kejadian pukul itu.

Wanita berusia 55 tahun yang juga teman wanita suspek telah hadir memberi keterangan pada pukul 12 tengah hari, Selasa lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This