SATU gempa bumi lemah berukuran 3.6 magnitud dilaporkan dikesan di perairan timur Sabah.
Gempa bumi tersebut berlaku pada kira-kira pukul 2.11 petang tadi.
Dalam perkongsian di Facebook, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa tersebut dilaporkan berlaku di 57 kilometer timur laut dari Sandakan, Sabah.
Baca artikel lain: Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi di Xinjiang, China – Wisma Putra
“Pusat gempa itu terletak di 6.2 darjah utara dan 118.4 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer,” katanya.
Bagaimanapun, MetMalaysia memberitahu, tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

