DUA lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai makan dekat Taman Impian Emas, Skudai pada malam Jumaat.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/3447
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner M. S. Balveer Singh berkata, tangkapan pertama terhadap seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun telah dibuat di tepi Jalan Putih, Skudai pada pukul 12.15 malam semalam.
Susulan tangkapan itu, polis berjaya menahan seorang lagi suspek berusia 38 tahun di sebuah rumah dekat Masai, Johor pada pukul 1 pagi.
“Semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kini direman selama empat hari sehingga Rabu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, polis kini giat mengesan suspek bebas yang terlibat.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak gusar dengan kejadian ini dan siasatan telus akan dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

