HOSPITAL Kuala Lumpur (HKL) sedang menjalankan siasatan susulan dakwaan berkaitan isu pesakit mengalami komplikasi ketika menggunakan mesin ventilator di hospital tersebut, baru-baru ini.
Pengarah HKL, Dr Rohana Johan berkata, sebarang komplikasi rawatan perubatan yang menjejaskan keselamatan pesakit akan disiasat melalui sistem pelaporan insiden.
Jelas beliau, perkara itu seperti mana telah digariskan dalam panduan pengurusan Laporan Insiden Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Rohana memberitahu, pihak HKL dengan kerjasama syarikat konsesi sentiasa memastikan peralatan perubatan yang digunakan untuk merawat pesakit dipantau dan diselenggara mengikut jadual.
Baca artikel lain: Mogok doktor kontrak: Keadaan terkawal di HKL
Katanya, ia bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dapat diberikan kepada pesakit.
“HKL ingin memaklumkan bahawa kejadian yang dilaporkan dalam laporan media pada 27 Januari berkaitan isu pesakit yang menerima rawatan melalui mesin ventilator sedang dalam siasatan pihak hospital,” katanya dalam kenyataan.
Sabtu lalu, sebuah portal berita tempatan melaporkan bahawa menurut dakwaan sumber, seorang pesakit meninggal dunia manakala seorang lagi diisytiharkan mati otak dalam tempoh seminggu di wad berasingan di sebuah hospital di Lembah Klang susulan kegagalan ventilator.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

