Kertas siasatan “Himpunan Selamatkan Rakyat” selesai minggu ini – Polis

Dari Penulis

KERTAS siasatan berhubung “Himpunan Selamatkan Rakyat” dijangka dilengkapkan minggu ini untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, setakat ini 15 individu termasuk Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Enam lagi saksi kami akan ambil keterangan mereka hari ini dan esok…kami akan selesaikan secepat mungkin, selewat-lewatnya Rabu ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Baca juga: Penganjur ‘Himpunan Selamatkan Rakyat’ tak boleh acah-acah jadi mangsa

Pada 23 Jan lepas, Himpunan Selamatkan Rakyat yang diadakan di Pintu 2 Istana Negara dianjurkan oleh sekretariat Pembela Tanah Air (Peta) dan turut dihadiri kira-kira 700 penyokong sebuah parti politik, badan bukan kerajaan dan orang awam.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat tidak perlu memainkan naratif seolah-olah menjadi mangsa apabila dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis susulan perhimpunan itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This