PERIKATAN Nasional (PN) menafikan masalah yang dibangkit oleh Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diketepikan oleh kepemimpinan parti dalam gabungan tersebut.
Timbalan Presiden PN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, Majlis Tertinggi PN sentiasa mengadakan mesyuarat bagi mendengar keluhan dan masalah semua pihak.
“Mungkin di peringkat Bersatu cara mereka berbeza, untuk PN dan Gerakan kami sentiasa mengada perbincangan dan cuba mencari penyelesaian dalam apa jua masalah.
“Jika di peringkat parti masalah tak dapat selesai, Gerakan akan bawa ke peringkat gabungan dan mendapat pendapat pemimpin parti lain,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian dalam sesi khas bersama media di pejabatnya, hari ini.
Baca artikel lain: PM hulur sumbangan kepada Shima
Dominic berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bahawa peranan Ahli Parlimen dalam PN sering diketepikan.
Sebelum ini, Syed Abu Husin mendakwa, wakil rakyat dari parti Bersatu jarang dilibatkan dalam mesyuarat parti bagi mendepani masalah peruntukan kawasan.
Malah katanya, isu kewangan menjadi satu masalah besar dan jika tidak diambil perhatian bagaimana mereka hendak membantu rakyat dan memberikan perkhidmatan di kawasan.
Ditanya mengenai keserasian dan kerjasama dalam PN, Dominic mengakui, setiap parti dalam gabungan PN mempunyai pandangan berlainan.
Bagaimanapun katanya, ia adalah perkara biasa kerana semuanya boleh diselesaikan menerusi perbincangan.
“Oleh itu, saya nak katakan jika ada isu Ahli-Ahli Parlimen (ketika Gerakan memiliki Ahli Parlimen) boleh bangkit dan kita boleh selesaikan di peringkat parti, jika parti Gerakan tak dapat selesaikan, kita bawa ke peringkat PN untuk kita selesaikan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

