‘The Master Model Builder Search’, BrickFest dan Splash Carnival antara tarikan baharu Legoland Malaysia. Nikmati 365 hari dengan pas tahunan

Dari Penulis

Sentiasa  mencari pembaharuan dalam membangkitkan keterujaan pengunjung, Legoland Malaysia Resort bakal membariskan beberapa tarikan baharu pada 2024 antaranya ‘The Master Model Builder Search’, BrickFest, Splash Carnival, Legoland School Challenge dan filem LEGO Friends 4D.

Tidak hanya menjadikan Legoland Malaysia sebagai taman tema, barisan strategik yang menggabungkan pengalaman budaya dan pusat pendidikan secara tidak langsung membantu industri pelancongan untuk kembali pulih pada 2024 seiring saranan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) untuk 2024.

Menurut Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim, Legoland kini sedang giat menarik pelancong tempatan dan antarabangsa dengan pelbagai kempen baharu yang bertemakan budaya.

Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim.

“Tumpuan kepada pengalaman budaya yang unik dan hiburan mesra keluarga sejajar dengan visi MOTAC, menjadikan kami menarik kepada pelancong antarabangsa dan domestik.

“Legoland Malaysia sedang giat bekerjasama dengan MOTAC untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan keluarga yang terulung.

“Pas tahunan kami memberikan nilai hebat dengan akses tanpa had, acara istimewa dan diskaun mana yang dapat menggalakkan keluarga untuk sering datang melawat dan meningkatkan pelancongan tempatan,” katanya ketika ditemui.

Malah ulasnya lagi, penyertaan membabitkan sekolah menerusi Legoland School Challenge menjadi acara tahunan yang dinantikan para pelajar. Tambah CS Lim, pengalaman rombongan sekolah ke Legoland bakal menjadi pengalaman manis yang terpahat dalam memori pelajar.

“Kami mahu menjadi sebahagian daripada memori indah pelajar yang datang menyertai Legoland School Challenge. Seperti yang kita tahu, rombongan sekolah adalah sesuatu yang sangat dinantikan pelajar dan inilah peluang kami dalam memberikan pengalaman baharu kepada mereka,” ulasnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia, Thila Munusamy, berkata pihaknya menjangkakan lebih ramai pelawat dari Asia Tenggara pada tahun ini. Malah jelasnya, pas tahunan adalah cara terbaik untuk menikmati hari-hari di Legoland.

“Kami juga menyediakan banyak aktiviti membina Lego. Selain itu, cara terbaik untuk menikmati Legoland adalah dengan mendapatkan pas tahunan dengan hanya membayar harga penuh untuk satu hari, anda boleh menikmati 365 hari di Legoland,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This