Tiada perbincangan bawa kembali perlumbaan F1 ke Malaysia – Petronas

Dari Penulis

PETRONAS mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

 Syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia memaklumkan perkara itu susulan laporan agensi berita antarabangsa mengenai potensi untuk membawa kembali penganjuran acara sukan permotoran berprestij itu pada 2026.

“Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang,” menurut Petronas dalam kenyataan hari ini.

Perlumbaan berprestij F1 diadakan di SIC setiap tahun dari 1999 sehingga kerajaan memutuskan untuk menghentikan acara itu pada 2017 berikutan penurunan pulangan yang ketara dan peningkatan kos penganjuran.

SIC bagaimanapun masih menjadi sebutan peminat F1 sekali gus mewujudkan spekulasi berterusan tentang potensi litar itu untuk kembali ke kejohanan tersebut.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This