Ciri-ciri wanita akhir zaman yang menjadi pengikut Dajjal

Dari Penulis

Salah satu tanda kiamat adalah munculnya dajjal. Dajjal merupakan seorang pemuda yang akan membawa kerosakan yang besar kepada manusia. Dan di dalam pelbagai hadis disebutkan bahawa di akhir zaman nanti di antara pengikut dajjal yang paling ramai adalah dari kalangan wanita. Ini sebagaimana yang disabdakan Baginda s.a.w.

“Kebanyakkan pengikut dajjal adalah orang Yahudi dan kaum wanita” (HR Ahmad)

Dalam hadis yang lain, Baginda s.a.w. turut menyebutkan,

“Dajjal akan turun di mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita. Sampai-sampai ada seorang yang pergi ke isterinya, ibunya, putrinya, saudarinya, bibinya kemudian mengikatnya kerana khawatir keluar menuju dajjal” (HR Ahmad)

Selain itu Rasulullah s.a.w. juga bersabda bahawa antara tanda-tanda datangnya kiamat adalah ramainya wanita yang melebihi lelaki.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda akan datangnya hari kiamat adalah diangkatnya ilmu, merebaknya kebodohan, berleluasanya zina, berleluasanya arak, sedikitnya jumlah lelak, ramainya wanita sehingga lima puluh wanita dipimpim seorang lelaki” (HR Bukhari)

Antara ciri-ciri wanita yang akan menjadi pengikut dajjal di akhir zaman nanti ialah:

Pertama: Wanita yang tabarruj dan menunjuk-nunjuk.

Tabarruj adalah wanita yang suka berhias, berpakaian dan mempamerkan atau memperlihatkan perhiasan mereka secara keterlaluan. Mereka suka dan terlena dengan dunia dan bersenang-senang dengan dorongan nafsu dunia yang besar. Firman Allah dalam surah al-Ahzab: 33 menyebutkan,

“Tetaplah tinggal di rumahmu dan janganlah berhias (dan bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah terdahulu. Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat serta taatilah Allah dan rasulnya. Sesungguhnya Allah hanya hendak menghilangkan dosa darimu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”

Kedua: Berpakaian tetapi telanjang

Wanita yang gemar memakai pakaian yang ketat atau tidak menutup aurat dengan sempurna. Mendedahkan sebahagian besar tubuhnya hingga kelihatan bentuk tubuhnya. Sabda Baginda s.a.w.

“Pada umatku yang akan datang ini akan ada orang lelaki yang naik pelana kuda yang menyerupai pelana unta, lalu turun di pintu-pintu masjid. Wanita mereka berpakaian tetapi telanjang, rambut kepala mereka bagaikan bonggol unta yang tinggi. Laknatlah mereka kerana mereka ialah wanita terlaknat… (HR Ahmad)

Ketiga: Nusyuz kepada suami

Kewajipan bagi isteri adalah taat kepada suami selain Allah dan Rasul. Apa jua yang diperintahkan suami, maka isteri wajib akur selagi mana tidak bertentangan dengan syariat Islam. Adapun wanita akhir zaman akan dipengaruhi dengan semangat feminisme yang menyebabkan mereka ingkar dan nusyuz kepada suami. 

Keempat: Wanita yang meninggalkan solat

Solat merupakan ibadah yang wajib bagi setiap orang Islam kerana amalan inilah yang pertama sekali dinilai dan dihisab Allah di akhirat nanti berbanding amalan-amalan lain. Orang yang meninggalkan solat adalah orang yang dilaknat Allah. Saidina Ali r.a. pernah ditanya tentang Wanita yang tidak solat, maka jawabnya,

“Sesiapa yang tidak solat maka dia sebagai tidak beragama” (HR Tirmizi & al-Hakim)  

Ibnu Abbas r.a. turut meriwayatkan bahawa,

“Sesiapa yang meninggalkan solat walau hanya sekali dengan sengaja, maka dia akan mengadap Allah dalam keadaan mendapat kemurkaan” (HR Ahmad dan Abu Daud)

Kelima: Wanita yang mengabaikan fitnah dajjal

Wanita ini tidak takut dengan kedatangan dajjal. Dia juga tidak ingin berdoa kepada Allah supaya dihindari dari fitnah serta kerosakan yang dibawa dajjal

Keenam: Wanita murtad

Wanita yang memilih untuk keluar dari agama Islam. Sememangnya sudah muncul ketika ini wanita yang sanggup keluar dari Islam demi semata-mata mengejar cinta manusia dari cinta yang Maha Esa. Mengejar kemewahan dan kesenangan dunia dari kenikmatan akhirat.   

________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This