SERAMAI 91 daripada 131 pendatang yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Tapah telah berjaya diberkas setakat 8 malam ini.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata daripada jumlah tersebut, seramai 66 orang telah ditahan polis manakala 25 ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), serta 38 lagi masih bebas.
“Hari ini, seramai lapan pendatang tanpa izin etnik Rohingya telah berjaya ditangkap di kawasan Hutan Jalan Kachu, Tapah, Hab Getah Bidor serta Kampung Senta Bidor.
“Polis menyeru orang ramai terus bekerjasama bagi mengesan baki tahanan yang masih bebas,” katanya dalam kenyataan.
Dalam kejadian pada 9.50 malam Khamis lepas, seramai 131 tahanan terdiri dari etnik Rohingya serta warga Myanmar dan Bangladesh, meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, dengan semua tahanan itu merusuh selain merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.
Bagaimanapun, dua dari tahanan yang lolos itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

