Tiada dakwaan ke atas Taib Mahmud, siasatan kes telah sampai kepada AG – SPRM

Dari Penulis

 TIADA sebarang pendakwaan kes rasuah akan dilakukan terhadap bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui pihaknya pernah melakukan siasatan terhadap Abdul Taib sebelum ini, namun ia tidak sampai kepada proses pendakwaan.

“Dalam setiap kes kami, saya jamin kita akan siasat semua kes dan jika ia berkait dengan individu berprofil tinggi di Sarawak, di negeri ini, kes itu sebenarnya telah dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara, dan Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan tiada tindakan lanjut,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta pada sesi Forum Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Sarawak di Kuching hari ini.

Enam tahun lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengakui terdapat 15 kertas siasatan pernah dibuka bagi menyiasat Abdul Taib, namun tiada tindakan diambil.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This