Pemandu lori didakwa bunuh anak saudara

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh anak saudara lelakinya berusia setahun enam bulan, dua minggu lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada M. Kesigan, 28, selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh T. Hudesh di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai, Lembah Subang, pada 11.15 malam, 24 Jan lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Khairun Nisa Noor Harun tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam kerana kes bunuh tidak boleh dijamin. 

Baca juga: Suspek kes bunuh ditembak mati selepas cuba serang polis guna parang

Mahkamah menetapkan 3 April ini untuk sebutan semula kes bagi laporan kimia dan bedah siasat.

Pada 26 Jan lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dibawa ke Hospital Shah Alam oleh bapa saudaranya dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai didera.

Kanak-kanak malang itu dikatakan dihantar ke rumah bapa saudaranya setiap kali ibu bapanya keluar bekerja.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This