AHLI Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA).
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkuat kuasa serta merta.
“Pelantikan ini adalah bagi menggantikan Datuk Ramanan Ramakrishnan yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
“Perdana Menteri berharap pelantikan ini dapat memastikan MITRA terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna dalam mengangkat darjat dan sosio-ekonomi masyarakat India,” jelas kenyataan tersebut.
Baca juga: MITRA akan kembali di bawah Kementerian Perpaduan Negara, PM tetap pantau
Untuk rekod, MITRA di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
Perdana Menteri memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa memantau unit khas itu yang bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

