JENERAL (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menegaskan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), bukannya bersara.
Ia bertentangan dengan kenyataan media dikeluarkan LTAT semalam bahawa bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) itu mengambil keputusan untuk bersara.
Raja Mohamed Affandi seperti dilaporkan BH Online memaklumkan, tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi LTAT sepatutnya tamat pada Ogos tahun ini.
“Saya bukan bersara, saya meletakkan jawatan. Dipecat, bersara dan meletakkan jawatan adalah berbeza.
“Jadi bila kita meletakkan jawatan pasti ada perbezaan,” katanya.
Ketika ditanya sama ada isu penstrukturan semula dan tadbir urus menjadi punca beliau meletakkan jawatan, Raja Mohamed Affandi tidak mengulas lanjut.
Sebaliknya, beliau mengatakan perlu untuk memelihara keberadaan institusi LTAT dengan sebaiknya.
Baca artikel lain: Raja Mohamed Affandi bersara sebagai Pengerusi LTAT
Raja Mohamed Affandi dilantik menjadi Pengerusi LTAT pada 3 Ogos 2021, menggantikan Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin yang bersara setelah berkhidmat sebagai Pengerusi LTAT sejak Ogos 2018.
Semalam, LTAT dalam kenyataan mengumumkan persaraan Raja Mohamed Affandi daripada jawatan Pengerusi kumpulan itu.
Persaraan Raja Mohamed Affandi itu menyusul kira-kira seminggu selepas pengunduran Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman pada 31 Januari lalu.
Menurut LTAT, kepimpinan bekas Panglima Angkata Tentera (PAT) itu penting dalam melakar pencapaian bermakna terutama mendapatkan kelulusan bagi pindaan kepada Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101), yang disasarkan untuk memperkasakan rangka kerja tadbir urus korporat LTAT.
Di bawah kepimpinan Raja Mohamed Affandi, LTAT telah memulakan Garis Panduan & Dasar Risiko Pelaburan, kayu ukur penting yang menjamin perlindungan pelaburan LTAT sambil mengoptimumkan profil pulangan-risiko.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

