Kebakaran Flat Sri Sabah: DBKL diminta sediakan bantuan segera

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menyediakan segala bantuan yang diperlukan mangsa kebakaran Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras, malam tadi dengan kadar segera.

Perkara itu diarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dalam hantaran di platform X, malam tadi.

Menurut Dr Zaliha, beliau terima maklum berhubung kejadian kebakaran tersebut.

Katanya, pihak penguatkuasa DBKL turut bersama-sama Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut.

“Saya telah meminta pihak DBKL menyediakan segala bantuan yang diperlukan dengan segera,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sebanyak lima unit kediaman di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Baca artikel lain: Lima unit kediaman Flat Sri Sabah musnah dalam kebakaran

Pengarah Bahagian, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Nordin Pauzi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 9.19 malam.

Beliau berkata sebanyak tujuh jentera bomba termasuk dua daripada jenis Aerial Ladder Platform dan 55 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Bandar Tun Razak, BBP Sri Hartamas dan BBP Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan itu.

Beliau berkata pada peringkat awal pihak bomba menghadapi sedikit kesukaran untuk mengawal kebakaran memandangkan kebakaran berlaku di Tingkat 17 blok berkenaan menyebabkan anggota bomba terpaksa menggunakan jentera Aerial Ladder Platform selain tekanan air rendah.

Bagaimanapun, beliau berkata hasil tindakan pantas pihak bomba, kebakaran dapat dikawal pada 11.22 malam.

Nordin berkata seramai 39 anggota daripada agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut membantu dalam operasi berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This