Polis sahkan terima laporan ancaman bom di Menara MBJB

Dari Penulis

POLIS mengesahkan menerima laporan berhubung ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum, Johor Bahru hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata siasatan telah dijalankan.

“Ada (laporan ancaman bom), dalam siasatan. Harap bertenang dan jangan panik.

“Keadaan terkawal, tiada terkesan objek yang mencurigakan di seluruh 22 tingkat Menara MBJB,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Sementara itu, Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman, dalam satu kenyataan, memaklumkan ancaman bom yang diterima pihaknya adalah palsu.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa ancaman itu palsu dan mengesahkan Menara MBJB adalah selamat untuk beroperasi.

Baca artikel lain: Bom seberat 125kg ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

“Menara MBJB yang menempatkan lebih 500 kakitangan kini telah beroperasi semula mengikut waktu pejabat. Kesemua mereka telah dibenarkan untuk kembali semula ke pejabat jam 2 petang tadi,” katanya.

Terdahulu, menurut Mohd Noorazam pihaknya menerima satu e-mel mengandungi unsur ancaman bom daripada individu yang mendakwa dirinya bernama Takahiro Karasawa ([email protected]) pagi tadi.

Beliau berkata susulan penerimaan e-mel tersebut, MBJB telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

“Arahan pengosongan bangunan dan berkumpul di lokasi menunggu telah dikeluarkan kepada seluruh anggota MBJB dan orang awam di Menara MBJB sekitar jam 12 tengah hari ini sehingga pemeriksaan dilaksanakan oleh pihak PDRM,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This