‘Terima kasih abang polis bantu’, wanita hargai jasa polis iring hingga ke hospital akibat sesak nafas semasa kesesakan jalan raya

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila mengalami sesak nafas semasa menempuh kesesakan jalan raya untuk ke Singapura sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Itu yang dikongsikan pengguna Facebook dengan nama Siti Nurhanizan apabila hasrat bercuti di negara jiran tidak menjadi kenyataan akibat sesak nafas secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang mengiringi kenderaan dipandu suaminya sehingga Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru amat dihargai Siti Nurhanizan.

Menurut wanita itu, dia dan suami berhasrat meneroka Singapura sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Namun begitu, katanya yang juga seorang perunding kewangan, perjalanan ke Singapura menjadi perlahan disebabkan kesesakan lalu lintas semasa mahu memasuki negara jiran itu.

Dia memberitahu, suaminya berhasrat untuk berpatah balik dan bercuti di Johor Bahru sahaja setelah lebih 40 minit ‘terperangkap’ dalam kesesakan lalu lintas.

Anggota polis mengiringi sehingga ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Baca artikel lain: Polis sahkan terima laporan ancaman bom di Menara MBJB

“Disebabkan cik suami hendak memenuhi hasrat si isteri, kami meneruskan perjalanan.

“Cuti Tahun Baharu Cina terpaksa dibatalkan untuk berjalan dengan cik suami ke Singapura kerana sesak nafas tiba-tiba semasa menempuh kesesakan lalu lintas menuju ke Singapura.

“Dengan izin Allah, dibantu oleh insan-insan baik iaitu polis berbaju (uniform) putih yang sedang jaga jalan. Ingat balik keadaan cik suami yang tergesa-gesa berlari jumpa abang polis minta bantuan,” katanya dalam hantaran itu.

Siti Nurhanizan turut berkongsi video sewaktu keadaan cemas itu yang diambil oleh sepupunya.

“Di sini saya sangat berterima kasih kepada Allah SWT dan pihak polis baju putih yang banyak membantu saya serta suami sehingga sampai ke hospital,” katanya.

Hantaran Siti Nurhanizan itu turut dikongsikan Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan dengan rata-rata warga net memberikan pujian kepada anggota yang terlibat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This