PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) meletakkan kesemua lapangan terbang komersial di negara itu dalam keadaan berjaga-jaga selepas perkhidmatan trafik udara menerima e-mel dengan ancaman bom, lapor Sputnik memetik laporan media Filipina pada Jumaat.
Ancaman itu mengatakan bahawa bom telah diletakkan pada salah satu pesawat dalam perjalanan dari ibu negara Manila ke lapangan terbang lain, lapor penyiar ABS-CBN.
Maklumat itu sedang disemak, tetapi tindakan segera telah diambil di semua lapangan terbang, kata CAAP.
Langkah itu termasuk menambah jumlah anggota keselamatan lapangan terbang dan mengetatkan pemeriksaan penumpang dan bagasi dengan kerjasama polis dan tentera.
–BERNAMA-SPUTNIK
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

