Jasad mangsa nahas pesawat terhempas di Kapar selamat disemadikan

Dari Penulis

JASAD juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 43, yang maut dalam insiden pesawat terhempas di Kapar pada Selasa lepas, selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran hari ini.

Suasana suram dan sedih menyelubungi upacara persemadian mendiang Daniel Yee yang diadakan secara tertutup di Nirvana Memorial Park, Shah Alam pada kira-kira 12 tengah hari, dengan kehadiran ahli keluarga serta kenalan yang berpakaian serba hitam dan putih bagi memberi penghormatan terakhir.

Di Johor Bahru, jasad mendiang Roshaan turut diberikan penghormatan terakhir secara tertutup sebelum dibawa dari rumah keluarganya di Sunway Bukit Lenang ke Krematorium Hindu Johor Bahru pada 12.40 tengah hari untuk upacara pembakaran.

Baca artikel lain: Jasad mangsa pesawat terhempas dituntut keluarga

Hujan renyai mengiringi upacara di krematorium itu yang dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga.

Roshaan dan Daniel Yee maut dalam insiden pesawat jenis model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, pada 1.45 tengah hari, dengan kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This