Juruterbang maut selepas Jet F-16 tentera Poland terhempas

Dari Penulis

SEORANG juruterbang maut selepas jet pejuang F-16 milik Tentera Udara Poland terhempas di Radom, tengah Poland, semalam.

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan, jet pejuang tersebut terhempas ketika menjalani latihan untuk Pertunjukan Udara Antarabangsa Radom 2025.

“Seorang juruterbang tentera Poland terkorban dalam kemalangan sebuah pesawat F-16.

“Beliau adalah seorang pegawai yang sentiasa berkhidmat kepada negara dengan penuh keberanian dan berdedikasi.

“Saya memberi penghormatan dalam memperingati beliau,” kata Menteri Pertahanan Poland, Wladyslaw Kosiniak-Kamysz menerusi hantaran di platform X.

Baca artikel lain: Polis siap siaga menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2025

Reuters melaporkan, Angkatan Tentera Poland memaklumkan, nahas itu membabitkan sebuah pesawat dari Pangkalan Udara Taktikal ke-31 berhampiran Poznan.

Bagaimanapun, tegasnya, tiada penonton yang mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.

“Operasi menyelamat telah digerakkan dengan segera di tempat kejadian,” katanya.

Rakaman diperoleh media Poland menunjukkan jet pejuang terbabit melakukan gerakan aerobatik sebelum menjunam laju dan meluncur di atas landasan sambil terbakar.

Media tempatan melaporkan pesawat itu terhempas di atas landasan kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan dan musnah.

Susulan insiden berkenaan, Pertunjukan Udara Antarabangsa Radom 2025 yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini telah dibatalkan. – AGENSI

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This