PEMATUHAN kepada standard jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warganya.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, ia bertujuan untuk memastikan kesemua anggota berada dalam keadaan cergas bagi menjalani tugasan.
“Ya, pematuhan terhadap standard BMI yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga PDRM,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.
Baca artikel lain: Pengerusi, CEO Aman Palestin didakwa 164 pertuduhan pecah amanah, tipu dan pengubahan wang haram RM39.5 juta
Semalam, media melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid menggesa pegawai dan anggotanya menjaga kesihatan khususnya BMI.
Allaudeen menganggarkan hanya dua ke tiga peratus daripada 10,000 anggota serta pegawainya yang mengalami masalah BMI.
Allaudeen menyeru anggota agar ‘fit’ sebab tugas polis sangat mencabar yang mana memerlukan kesihatan yang baik.
Selain ‘fit’, anggota polis perlu nampak segak semasa mengenakan seragam sekali gus memberi keyakinan kepada masyarakat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

