Masukkan nama untuk temuduga, bekas Naib Canselor UPSI bebas tuduhan salah guna kuasa

Dari Penulis

MAHKAMAH Rayuan di Putrajaya hari ini melepas dan membebaskan bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zakaria Kasa daripada tuduhan salah guna kuasa dengan memasukkan nama anak lelakinya untuk ditemuduga di universiti berkenaan, 10 tahun lepas.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Zakaria, 67, yang hadir ke mahkamah berkerusi roda untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM10,000 yang diputuskan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2 Jun 2023.

Hakim Hadhariah dalam keputusan sebulat suara berkata, mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan tidak memenuhi intipati pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Perayu (Zakaria) dikatakan memasukkan nama saksi pendakwaan kesembilan (SP9) Mohd Fauzi Zakaria (anak perayu) untuk dipanggil temuduga, sedangkan keterangan saksi pendakwaan keempat (SP4) (pembantu tadbir UPSI) dan saksi pendakwaan kelima (SP5) (pegawai tadbir UPSI) menyatakan SP9 ada membuat permohonan secara dalam talian dan beliau layak untuk menghadiri temuduga.

“SP4 dan SP5 juga menyatakan mereka tidak dipengaruhi oleh perayu untuk membuat keputusan mengangkat nama SP9 untuk hadir temuduga. Berdasarkan keterangan SP4 dan SP5, kami mendapati sabitan ke atas perayu tidak selamat.

“Oleh itu, sabitan dan hukuman oleh hakim Mahkamah Tinggi diketepikan dan perayu dilepas dan dibebaskan,” katanya yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin, memetik laporan Sinar Harian.

Selepas keputusan itu, ahli keluarga perayu yang berada di galeri awam menangis sambil mengucapkan ‘Alhamdulillah’.

Mengiku pertuduhan, Zakaria didakwa sebagai Naib Canselor UPSI telah menggunakan jawatannya berhubung perkara yang beliau mempunyai kepentingan apabila mengarahkan Mohd Faizi Othman iaitu pendaftar UPSI untuk memasukkan nama anak lelaki Zakaria, Mohd Fauzi untuk dipanggil temuduga pada 12 September 2014.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This