KEKALAHAN kepada naib juara Piala Asia, Jordan dan tewas tipis 0-1 di tangan Bahrain pada peringkat kumpulan Piala Asia 2023 membuatkan ranking skuad Harimau Malaya jatuh dua anak tangga.
Dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) hari ini, Harimau Malaya berada di tangga ke-132 dunia berbanding 130 pada bulan Disember lalu.
Kedudukan itu menyaksikan Malaysia berada di belakang Kepulauan Solomon di tangga 131 dunia dengan mengumpul 1,110.17 mata.
Di peringkat Asia, skuad bimbingan Kim Pan Gon itu berada di tempat ke 23 manakala menjadi pasukan ketiga terbaik di rantau Asia Tenggara.
Pada kempen Piala Asia 2023 lalu, skuad kebangsaan tewas 0-4 pada perlawanan pembukaan menentang Jordan sebelum kecundang menerusi gol Ali Madan pada minit akhir perlawanan semasa menentang Bahrain.
Walaupun mencatatkan keputusan membanggakan 3-3 sewaktu bertemu gergasi Asia, Korea Selatan pada perlawanan terakhir, namun ia tidak cukup membawa Harimau Malaya ke pusingan seterusnya.
Baca artikel lain: Pan Gon akan terus bersama Harimau Malaya – FAM
Juara Piala Asia 2023, Qatar melonjak 21 anak tangga sekali gus menjadi pasukan kelima terbaik Asia di kedudukan ke-37 dunia.
Bagi ranking untuk tiga lagi pasukan ASEAN yang turut berentap di Piala Asia 2023, dua pasukan yang layak ke pusingan kalah mati iaitu Thailand dan Indonesia masing-masing berjaya memperbaiki ranking.
Thailand melonjak 12 anak tangga ke tangga-101 dunia sementara Indonesia naik empat anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-142 dunia.
Vietnam pula yang mempunyai nasib sama seperti Harimau Malaya iaitu gagal melepasi peringkat kumpulan turun 11 anak tangga ke kedudukan ke-105.
Sementara itu, juara Piala Dunia 2022, Argentina kekal sebagai pasukan nombor satu dunia diikuti Perancis di tempat kedua, England (ketiga), Belgium (keempat) dan Brazil melengkapkan pasukan lima teratas dalam ranking FIFA.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

