Buli jalan raya: Polis buru pemandu HR-V WC9967H

Dari Penulis

POLIS kini memburu pemandu Honda HR-V putih selepas aksi memandu secara berbahaya di Jalan Genuang, Segamat, tular baru-baru ini.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/3906

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya mengesan video buli jalanan berdurasi 1.44 minit itu pada pukul 10 pagi tadi.

Beliau berkata, kenderaan utiliti sukan dengan nombor pendaftaran WC9967H didapati beberapa kali menghalang laluan serta menekan brek secara mengejut dengan niat provokasi terhadap pemandu lain.

“Laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki tempatan yang merupakan mangsa kejadian.

“Usaha mengesan suspek kini sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 506/279 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah Segamat di talian 07- 9324222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This