Ugut Ahli Parlimen sebab tak puas hati dapat angpau RM5, empat lelaki ditahan

Dari Penulis

EMPAT lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut dan melakukan pemerasan ke atas Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng disebabkan tidak berpuas hati dengan jumlah angpau yang diterima.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Andam Sulin memaklumkan, kesemua suspek telah ditahan pada pukul 6 petang, Isnin lalu iaitu sehari selepas Sng membuat laporan polis.

Andam berkata, Sng sebelum ini mendakwa empat suspek tersebut telah menyatakan rasa tidak puas hati dengan jumlah angpau yang diberikan kepada mereka semasa melakukan lawatan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, 11 Februari lalu.

Menurut Andam, Sng kemudiannya bersetuju menambah jumlah angpau tersebut tetapi suspek masih membuat provokasi.

“Hasil siasatan mendapati semua suspek dikatakan tidak berpuas hati disebabkan angpau yang diberikan oleh pengadu berisi RM5 saja.

“Suspek mengisikan angpau dengan duitnya sendiri berjumlah RM10 lalu memulangkannya kepada pengadu sebagai tanda tidak berpuas hati dan dipermalukan,” katanya dalam kenyataan seperti dilapor BH Online.

Baca artikel lain: Gara-gara ingin popular di TikTok, lelaki bakar kereta polis bantuan ditahan

Mengulas lanjut, Andam memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Katanya, kesemua suspek telah direman selama tiga hari untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Semalam, Sng menggesa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk bertindak keras terhadap kegiatan gengsterisme yang telah menjadikan kawasannya sebagai ‘Wild Wild West’.

Sng mendakwa bahawa kumpulan kongsi gelap itu bukan sahaja mengendalikan perjudian dalam talian di kedua-dua daerah Pakan dan Julau malah telah juga terbabit dengan aktiviti menjual dadah, kontraban seperti rokok dan minuman keras serta pinjaman wang haram.

Beliau mendakwa turut terserempak dengan beberapa samseng tempatan yang jelas ingin menimbulkan masalah ketika menziarahi masyarakat Cina di Julau yang menyambut Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This