Pelajar 14 tahun ditahan, tumbuk, ugut guru

Dari Penulis

SEORANG pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas dipercayai menumbuk dan mengugut gurunya dalam kejadian di kawasan sebuah sekolah menengah di Kajang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata kejadian berlaku selepas pelajar terbabit tidak berpuas hati apabila ditegur guru lelaki berusia 29 tahun kerana tidak menghadiri kelas Pendidikan Jasmani (PJ).

“Susulan teguran itu, berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa sebelum pelajar terbabit bertindak menumbuk muka guru berkenaan serta mengeluarkan ugutan.

“Kejadian itu turut disaksikan beberapa guru dan pelajar lain. Guru terbabit membuat laporan polis sekitar 7.15 malam semalam, sebelum suspek ditahan di sekitar Kajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata pelajar berkenaan direman selama dua hari bagi membantu siasatan dan akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang esok, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, video memaparkan insiden berkenaan tular di media sosial, menunjukkan pelajar terbabit menumbuk guru berkenaan.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This