VOL I : Atasi tekanan untuk hidup lebih proaktif. Tahu kenapa tekanan berlaku dan kebaikannya

Dari Penulis

Kita semua adalah mangsa tekanan, baik yang disebabkan oleh kerja, kehidupan sendiri, perhubungan mahupun kesihatan. Anda perlu menerima bahawa tekanan tidak dapat dielakkan. Tetapi kita tidak sepatutnya membiarkan tekanan mengganggu kehidupan dan menjejaskan kesihatan atau kesejahteraan secara negatif. Melalui cara belajar bagaimana untuk mengurus tekanan, anda boleh memberi badan berehat dan belajar menikmati kehidupan.

Apakah penyebab tekanan?

Anda tidak akan mengalami tekanan untuk seketika. Tubuh sebenarnya memberi tindak balas kepada tekanan secara fizikal, mental dan perasaan. Untuk tempoh yang lama, tindak balas ini akan memberi kesan ke atas kesihatan.

Pertama, memberi penekanan kepada apakah penyebab tekanan. Kita sering memberi tekanan kepada diri kita untuk keluar daripada pelbagai kebimbangan, sebagai contoh sakit yang tidak dijangka atau kita sendiri yang memberi tekanan ke atas diri seperti cuba melakukan terlalu banyak kerja di tempat kerja.

Perkara-perkara yang menarik dalam kehidupan kita juga boleh menghasilkan tekanan seperti mendapat kenaikan pangkat dan kehadiran bayi yang merupakan perkara menggembirakan tetapi anda mungkin mengalami perubahan, ketidakpastian dan kebimbangan yang akan menyebabkan tekanan.

Wanita terutamanya sangat mudah mengalami tekanan disebabkan oleh perubahan hormon semasa baligh, kitaran haid, kehamilan dan menopaus di mana tahap hormon akan turun naik dengan konsisten dan menyebabkan tekanan.

Kebaikan Tekanan

Adakah tekanan merupakan satu perkara yang baik? Oleh kerana tekanan adalah satu tindak balas semula jadi manusia terdapat sebab mengapa ia terjadi. Tekanan boleh menjadi positif, membuat kita lebih berwaspada, bermotivasi dan bersedia untuk mengelak bahaya. Kita perlu berterima kasih kepada tubuh badan yang memberi tindak balas sama ada fight atau flight kerana hormon adrenalin akan memberi isyarat ketika dalam keadaan kecemasan untuk anda mempertahankan atau melarikan diri.

Sesetengah orang akan menunjukkan prestasi yang baik ketika dalam keadaan tertekan seperti ahli muzik, atlit malah ahli politik!

Keburukan Tekanan

Tekanan akan menjadi buruk apabila badan berterusan bertindak balas terhadapnya. Ini akan menyebabkan tubuh badan akan kelihatan letih dan lesu secara fizikal dan emosi dan satu ketika anda akan mendapati bahawa anda akan berada jauh di bawah tahap biasa anda.

Tekanan berlanjutan akan membawa kepada kemurungan yang boleh mengganggu keseimbangan dalaman badan dan akan membawa kepada gejala-gejala fizikal seperti sakit kepala, masalah perut, tekanan darah tinggi, sakit dada, disfungsi seksual dan masalah tidur.

Jika terlalu tertekan, anda mungkin akan menghidapi ulser, kekejangan di bahagian bawah perut, colitis dan sindrom usus cepat rengsa. Anda mungkin mendapati diri jatuh sakit dengan selesema dan jangkitan biasa lebih kerap kerana sistem imun badan lebih lemah. Boleh jadi anda akan dijangkiti dengan serangan ruam.

Wanita lebih menderita dengan masalah tekanan, dalam kes yang lebih berat ia boleh menyebabkan ketiadaan haid atau pendarahan tidak normal. Ketidakseimbangan hormon disebabkan tekanan boleh memburukkan lagi gejala-gejala fibroid dan endometriosis serta menyebabkan pasangan sukar untuk hamil. Tekanan akan menyebabkan sesetengah Wanita mengalami perubahan dalam keseksualan mereka dan pelbagai disfungsi seksual seperti penurunan keinginan dan kekeringan faraj.

Kebimbangan boleh mengakibatkan masalah emosi seperti kemurungan, panik atau lain-lain bentuk kerisauan dan kebimbangan.

Tekanan juga akan membuatkan seseorang mencuba pelbagai penggunaan bahan atau kelakuan bagi menghilangkan tekanan mereka seperti pengambilan makanan yang tidak sihat, alkohol, tembakau, dadah, berjudi, seks, membeli-belah dan Internet. Keadaan ini bukan menghilangkan tekanan dan memulihkan tubuh badan tetapi bahan-bahan dan kelakukan ini akan memberi lebih banyak punca masalah yang lain.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gen Z tidak miskin pendapatan tetapi bergelut dalam realiti kehidupan

Felo Penyelidik Pasca Doktoral di Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya, Dr. Nik Zirwatul Fatihah. Pensyarah Kanan di...

More Articles Like This