Penyelidik menyatakan tekanan boleh menjadi lebih buruk atau memburukan lagi gejala atau penyakit tertentu. Bukan semua orang boleh memberi tindak balas yang sama untuk penyakit terutamanya orang yang mengalami tekanan mental. Contoh penyakit-penyakit tertentu seperti kencing manis, rheumatoid arthritis, peptic ulcer atau penyakit jantung yang boleh memburukkan lagi tekanan mental.
Ini amat penting untuk wanita yang mempunyai beberapa bentuk penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi, jantung berdebar atau kolesterol tinggi agar berhati-hati kerana penyakit jantung adalah salah satu pembunuh tertinggi wanita.
Bagaimana anda menyatakan apabila tertekan?
Kebiasaannya, peningkatan kadar denyutan nadi adalah petunjuk bahawa hormon adrenalin anda telah naik tetapi anda boleh tertekan semasa mempunyai denyutan nadi normal. Lain-lain penyakit yang datang adalah rasa sakit dan kesakitan, berdebar-debar, kebimbangan, keletihan kronik, menangis, kurang atau lebih makan, jangkitan kerap dan pengurangan keinginan seks.
Satu petunjuk yang baik adalah jika anda rasa seperti out of it dan anda hilang minat dalam kebanyakan perkara. Anda mungkin mendapati diri sedang keriut gigi atau mengetap rahang anda sepanjang masa, mengalami masalah penghadaman, ketegangan otot, menggigil atau bergetar dan malah cirit-birit yang tidak dapat dijelaskan.
Jika mengalami semua ini, anda tidak perlu sesiapa untuk meluahkan masalah ini tetapi amat memerlukan rehat. Jika anda tidak berusaha untuk mengurangkan tekanan, ia akan menyebabkan pelbagai masalah serius terhadap Kesihatan dan kesejateraan hidup anda.
Mulakan dengan keadaan fikiran. Jadilah positif mengenai segala perkara dalam hidup dan menerima peristiwa yang tidak dapat kawal. Jangan biarkan kemarahan, kekecewaan atau ketakutan menguasai fikiran anda sebaliknya anda perlu mencuba untuk mendapatkan penyelesaian yang positif.
Pilihan gaya hidup boleh membantu tubuh mengawal tekanan. Selalu bersenam dapat menyesuaikan badan. Pemakanan sihat dengan hidangan yang seimbang dapat memastikan tahap tenaga naik dan sistem imun yang kukuh.
Mendapat rehat yang cukup memberi satu perbezaan yang sangat besar kerana dapat membantu anda pulih daripada tekanan. Akhirnya, anda perlu membuat pilihan yang betul dalam hidup anda.
Tahu bila untuk menyatakan tidak kepada permintaan yang mungkin akan menyebabkan tekanan yang berlebihan dan mengurus masa secara efektif untuk mengendalikan apa yang ada.
Perlu tahu bila masa tepat untuk meminta bantuan sama ada daripada kawan-kawan, keluarga, teman-teman, ketua atau pakar Kesihatan seperti doktor atau ahli psikologi. Jangan biarkan tekanan mengganggu kehidupan atau anda menjadi sakit, letih dan kecewa.

