Perang Asia Barat tingkatkan tekanan inflasi kepada Malaysia – Akmal Nasrullah

Dari Penulis

MALAYSIA dijangka berdepan tekanan peningkatan inflasi berikutan gangguan rantaian bekalan tenaga global disebabkan perang di antara Israel-Amerika Syarikat (AS) dengan Iran ketika ini.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, gangguan terhadap bekalan minyak dan gas di peringkat global berpotensi memberi kesan kepada peningkatan kos pengeluaran, logistik serta harga barangan di pasaran.

Jelasnya, walaupun negra berjaya mengekalkan kadar inflasi yang rendah sekitar 1.4 peratus sepanjang tahun lalu, perkembangan terkini dijangka memberi tekanan baharu kepada harga barangan dalam tempoh beberapa bulan mendatang.

“Kesan konflik ini bergantung kepada beberapa keadaan iaitu intensiti atau pun kerosakan yang berlaku dan berapa lama konflik ini berlarutan.

“Ketika ini, masih belum ada tanda-tanda yang menandakan konflik ini akan tamat.

“Memang buat ketika ini kita jangkakan berlaku kesan kepada inflasi walaupun tahun lepas kita berjaya kekalkan inflasi itu pada sekitar 1.4 peratus untuk keseluruhan 2025, tetapi kita jangkakan untuk bulan yang berikut dan seterusnya ini akan ada kesan inflasi berdasarkan kepada gangguan rantaian bekalan akibat kos input dan output minyak itu meningkat,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jualan Rahmah Parlimen Johor Bahru di Pangsapuri Desa Dato’ Hajah Hasnah, hari ini.

Menurut Akmal Nasrullah, konflik di Asia Barat itu boleh memberi kesan besar sekiranya berlaku gangguan terhadap laluan perkapalan utama dunia seperti Selat Hormuz.

“Gangguan terhadap bekalan minyak dan gas akan memberi implikasi langsung kepada produk berasaskan petroleum seperti petrol dan diesel.

“Selain itu, minyak juga adalah komponen penting dalam proses pengeluaran banyak barangan, sama ada dari sudut input mahupun output. Jadi apabila berlaku gangguan bekalan, ia akan meningkatkan kos pengeluaran serta kos logistik dan rantaian bekalan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This