Warga emas maut langgar belakang lori dekat Cyberjaya

Dari Penulis

SEORANG warga emas maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di kawasan Cyberjaya menghala ke Dengkil, tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 12.53 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati sebuah lori tiga tan telah melanggar belakang lori 10 tan.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki India berusia 60-an telah tersepit di dalam lori tiga tan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, dua lagi lelaki Melayu berusia 40-an yang menaiki lori 10 tan telah mengalami cedera ringan dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This