RTG: Nasib Bertrand diketahui akhir bulan ini – Hannah

Dari Penulis

TEKA-TEKI mengenai status penerjun lelaki negara, Bertrand Rhodict Lises dalam program Road To Gold (RTG), bakal terjawab selepas mesyuarat jawatankuasa program itu hujung bulan ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata biarpun Bertrand bukan atlet di bawah program RTG, Majlis Sukan Negara tetap memberi sokongan penuh kepadanya untuk menjalani persiapan membuat penampilan sulungnya di Sukan Olimpik 2024 di Paris, Julai ini.

“Kita nantikan, (status Bertrand) akan dibincangkan dalam (mesyuarat jawatankuasa) RTG,” katanya ketika ditemui pemberita pada Cabaran Lompat Tinggi ‘Leap To The Stars’ 2024, semalam.

Biarpun telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024, Bertrand tidak menepati dua kriteria utama RTG iaitu atlet yang pernah memenangi pingat di temasya sukan terbesar dunia itu dan berada dalam ranking 10 terbaik dunia.

Bertrand merupakan wakil tunggal terjun negara di Paris selepas penerjun lain negara termasuk bekas pemenang pingat Sukan Olimpik, Datuk Pandelela Rinong selain Nur Dhabitah Sabri gagal melayakkan diri susulan prestasi mengecewakan di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, baru-baru ini.

Baca artikel lain: Kedudukan Pandelela, Dhabitah dalam RTG mungkin diketahui akhir bulan – Hannah

Atlet dari Sarawak itu berjaya menempah tiket ke Paris menerusi acara 10 meter (m) platform individu ketika beraksi di Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun, tahun lepas.

Pandelela dan Nur Dhabitah pula berdepan risiko disingkirkan daripada program RTG selepas terlepas peluang beraksi Sukan Olimpik.

RTG merupakan program sokongan khas tambahan untuk membantu atlet elit mencapai pingat emas Olimpik pertama negara di Paris 2024 atau Los Angeles 2028.

Atlet di bawah program RTG menerima elaun tambahan RM3,000 sebulan (di atas elaun biasa), serta faedah istimewa lain dari segi kepakaran sains sukan, penyertaan dalam kejohanan luar negara dan kejurulatihan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This