Isteri minta cerai, lelaki bertindak bunuh diri guna gas pendingin hawa

Dari Penulis

SEORANG lelaki disahkan meninggal dunia selepas cuba membunuh diri di sebuah kondominium dekat Jalan Putra Prima, Cyberjaya, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.06 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati seorang lelaki Cina berusia 38 tahun terbaring di ruang tamu dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Lelaki terbabit dipercayai menggunakan gas pendingin hawa dalam percubaan membunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa bertindak melakukan perbuatan tersebut kerana mempunyai masalah di mana isteri mangsa mahu bercerai.

Tambahnya, anggota bomba telah melakukan bantuan pernafasan selama 15 minit sebelum mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan.

“Pihak Hospital Serdang memaklumkan bahawa mangsa telah meninggal dunia ketika menerima rawatan,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This