97.78 peratus syarikat produksi tidak carum pelakon KWSP

Dari Penulis

SEKITAR 97.78 peratus daripada 361 syarikat produksi yang menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda tidak dicarumkan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kajian mendapati hanya 2.22 peratus syarikat produksi berbuat demikian.

“Ia menunjukkan tiada kesedaran di pihak syarikat produksi selain melihat pelakon kanak-kanak dan orang muda itu sebagai bukan pencari nafkah keluarga.

“Kekuatan dan akta dalam konteks ini perlu dipertingkatkan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Laporan Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda Dalam Filem dan Drama, hari ini.

Baca artikel lain: TPM raikan 150 rakyat Malaysia di Jepun

Menurutnya, sebanyak 73.13 peratus syarikat produksi juga tidak mengetahui mengenai keperluan untuk mendapatkan lesen permit hiburan awam daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

“Hanya 4.16 peratus sahaja yang menyedari kepentingan lesen berkenaan manakala 22.71 peratus lagi tidak pasti,” katanya lagi.

Mohd Uzir menambah, sebanyak 52.91 peratus syarikat produksi tidak pernah memohon lesen terbabit manakala 47.09 peratus lagi tidak pasti.

“Sejumlah 63.43 peratus responden setuju bahawa aktiviti pendidikan perburuhan perlu ditingkatkan agar kesedaran mengenai perkara itu dapat dipertingkatkan,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kos PRN bukan untuk ‘dibahagi’ kepada rakyat, kata Reezal Merican

DAKWAAN bahawa kos penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diagihkan terus kepada rakyat disifatkan sebagai kenyataan populis yang...

More Articles Like This