Malaysia dan Jerman komited perkukuh diplomasi pertahanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA dan Jerman komited untuk memperkukuhkan hubungan, kerjasama dan diplomasi pertahanan antara kedua-dua buah negara.

Perkara itu dipersetujui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan rakan sejawatnya dari Jerman, Boris Pistorius.

Kedua-dua pemimpin itu bertemu semasa lawatan rasmi Mohamed Khaled ke Jerman selama empat hari sejak Khamis lalu sempena Persidangan Keselamatan Munich (MSC).

MSC merupakan persidangan keselamatan tertinggi yang dianjurkan Jerman sejak 1963 dan melibatkan penyertaan Menteri Pertahanan, Ketua Angkatan Tentera dan pemimpin kerajaan dari seluruh dunia.

Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataan memberitahu, Mohamed Khaled dan Pistorius telah membincangkan hubungan pertahanan dua hala antara Malaysia dan Jerman.

“Hubungan kerjasama itu termasuk peluang latihan bersama, program pendedahan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pembangunan industri pertahanan tempatan.

“Lawatan rasmi Menteri Pertahanan ke Jerman ini dilihat penting dalam memastikan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan negara-negara rakan kerjasama pertahanan terus diperkukuh selaras dengan Tonggak Ketiga Strategi Pertahanan Negara dan Perkongsian Wibawa yang termaktub dalam Kertas Putih Pertahanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Pemecatan Isham Jalil kerana ganggu gugat parti – Khaled

Semasa lawatan rasmi itu juga, Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen untuk membincangkan isu strategik serantau serta kerjasama dua hala.

Katanya, Malaysia dan Singapura turut komited mempertingkat peranan ASEAN dalam konteks pertahanan dan akan terus mendukungnya melalui Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).

Pada masa sama, Mohamed Khaled juga bertemu Menteri Pertahanan Kanada, Bill Blair untuk membincangkan pelbagai isu dan kedinamikan aspek pertahanan termasuk diplomasi pertahanan, kesan perubahan iklim dan potensi masa depan hubungan Kanada dengan rantau ASEAN.

“Selain daripada persidangan dan pertemuan-pertemuan dua hala tersebut, Menteri Pertahanan dan delegasi turut mengadakan lawatan ke pejabat Brainlab AG dan bertemu dengan kumpulan syarikat Rheinmetall.

“Delegasi Malaysia telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai teknologi dan inovasi terkini syarikat-syarikat berkenaan dalam bidang perubatan dan pertahanan.

“Menteri Pertahanan dan wakil-wakil industri turut membincangkan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan kerjasama antara industri Malaysia dan Jerman,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This