SEORANG penganggur ditahan selepas bertindak memukul ibunya sehingga cedera di sebuah kediaman dekat Jalan Bunga Melor, Taman Muda Cheras, 12.30 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa seorang wanita Cina berusia 74 tahun.
Beliau berkata, mangsa yang sedang tidur telah dipukul oleh suspek dengan menggunakan kunci stereng sehingga menyebabkan kepala berdarah dan patah dua batang gigi hadapan.
“Anak ketiga mangsa juga telah ditumbuk semasa cuba meleraikan suspek.
“Motif kejadian disebabkan mangsa meletakkan almari kasut sehingga menghalang laluan ke bilik suspek.
“Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibu sejak 10 tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek seorang lelaki Cina berusia 36 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan.
Hasil ujian air kencing adalah negatif dan suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Selasa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

